Warisan kerjasama dengan Muda pada PRU15

Sebaran :


Warisan kerjasama dengan Muda pada PRU15

Di hari pelancaran peringkat nasional hari ini, Warisan turut mengumumkan secara rasmi kerjasama dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada PRU15.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran, Presiden Warisan Shafie Apdal berkata bagaimanapun keputusan belum dibuat berhubung kerjasama dengan parti lain.

“Setakat ini kita kerjasama dengan Muda. Parti yang lain kita belum putuskan,” katanya dalam sidang media bersama dengan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.



“Ini adalah pilihan yang kita tawarkan kepada rakyat,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shafie berkata mereka perlu mengukuhkan kedudukan mereka sendiri dahulu, sebelum berbincang dengan pihak lain

Ini tidak bermakna pintu kami tertutup. Dalam politik, apa saja boleh berlaku,” kata Shafie.

Ditanya jika Warisan sedia bekerjasama dengan Pejuang, Shafie berkata mereka sentiasa terbuka dengan parti yang berpegang kepada nilai yang sama.



Dia menegaskan pertimbangan Warisan untuk kerjasama politik adalah berdasarkan nilai yang betul, termasuk konsisten dan jujur dalam pendirian.

Ditanya berkenaan rancangan Warisan dalam melebarkan sayap pula, ahli politik veteran itu berkata mereka mengambil pendekatan pragmatik berdasarkan pengalamannya dengan politik di Semenanjung.

“Kita tak boleh jangka untuk bertanding di semua kerusi. Kita kena pragmatik.

“Ini akan dibincangkan dengan presiden Muda,” katanya sambil menjelaskan Warisan masih belum mewujudkan struktur di peringkat bahagian mahupun melantik ketua peringkat negeri.



Bagaimanapun Shafie enggan mengulas ketika diminta mengesahkan khabar angin Adun Teratai yang juga bekas ahli DAP, Bryan Lai Wai Chong, yang dilihat ada di majlis pelancaran hari ini, telah menyertai Warisan secara rasmi.

“Hari ini majlis pelancaran.

“Kita akan umumkan YB mana yang telah sertai kemudian. Belum masanya untuk buat pengumuman,” katanya.

Ketika ditanya lagi berkenaan perkara itu, Shafie berkata, “Waktunya perlu tepat. Anda makan bila lapar. (Tetapi) Anda tak makan malam pada waktu pagi”. Mk

Warisan kerjasama dengan Muda pada PRU15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *