Langkah Dubai: Polis rakam keterangan empat individu

Langkah Dubai: Polis rakam keterangan empat individu

Bukit Aman hari ini merakamkan keterangan empat individu berkaitan isu ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka adalah pempengaruh media sosial Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo serta ‘blogger’, Salim Iskandar.

Individu keempat adalah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan perkembangan itu ketika dihubungi BH hari ini.

“Seramai empat individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung Langkah Dubai hari ini,” katanya sambil mengesahkan pihaknya sudah menerima 145 laporan di seluruh negara berhubung gerakan isu ‘Langkah Dubai itu.

Selasa lalu, BH melaporkan polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan isu Langkah Dubai selepas mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata beberapa pemimpin parti politik juga akan dipanggil susulan daripada laporan diterima di seluruh negara.

Berikutan itu, katanya polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dan suspek utama adalah aktivis politik Raja Petra Kamarudin.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan

“Suspek ialah Raja Petra yang berada di luar negara. Dia bercakap mengenai kejatuhan kerajaan selama lebih 10 hari.

“Mungkin kita tidak dapat Raja Petra kerana dia berada di Manchester tetapi kita mungkin memanggil Papagomo (Wan Azri), Chegubard, dan (blogger) Salim Iskandar. Ini kerana dia bercakap dalam TikTok live. Ini kita nak tahu,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Ismail dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul ketika percutian beberapa pemimpin pembangkang negara ini dan tokoh-tokoh kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. BH

Langkah Dubai: Polis rakam keterangan empat individu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker