Ditegur Ogy Tinggalkan Set, Pelakon Nina Smith Terpaksa Ke Amerika Syarikat Ziarah Bapa Kena Strok

Sebaran :

Ditegur Ogy Tinggalkan Set, Pelakon Nina Smith Terpaksa Ke Amerika Syarikat Ziarah Bapa Kena Strok

NAMA pelakon baharu Nina Smith tiba-tiba menjadi perhatian selepas pelakon senior Fauziah Ahmad Daud berang dengan tindakannya menarik diri daripada sebuah drama yang sedang dalam proses penggambaran.

Menjelaskan perkara itu, pemilik nama Amalina Smith ini berkata, keadaan kesihatan bapanya yang merosot akibat serangan strok membuatkan dia mengambil keputusan menarik diri daripada drama Bunga Hati terbitan Zeel Production

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, keputusan itu dibuat kerana bimbang tidak dapat menemui bapanya yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS) buat kali terakhir.



“Saya bukan sengaja tarik diri… ada sebab yang saya terpaksa membuat keputusan sebegitu. Hujung minggu lalu, saya dapat call daripada rakan bapa saya.

“Dia beritahu keadaan bapa saya semakin teruk. Bapa saya sekarang berada di AS dan mengalami serangan strok.

“Semalaman saya fikir dan sampai tak boleh tidur. Saya fikir, kalau saya teruskan juga penggambaran, takut nanti saya tak dapat nak buat selebihnya.

“Saya nak ke AS jumpa bapa dan tak tahu lagi bila akan pulang ke Malaysia,” kata Nina kepada mStar.



Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Ogy menegur tindakan Nina yang menarik diri dari penggambaran yang sedang dijalankan di Perlis.

Menurut Ogy yang turut terbabit dalam penggambaran tersebut, tindakan Nina itu telah menyusahkan ramai pihak dan menyebabkan banyak babak terpaksa dilakukan semula.

Dalam pada itu, Nina mengakui keputusan yang dibuatnya itu akan menganggu kerjaya seni yang baru sahaja bermula namun dia reda dengan apa yang akan berlaku.

Sementara itu, kata Nina, dia sudah lama tidak bertemu dengan bapanya yang menetap di sana sejak berpisah dengan ibunya.



“Sebenarnya saya dah dapat agak benda ini akan terjadi dan sudah bersiap sedia pun dengan risiko yang saya ambil ini.

“Selepas ibu bapa saya berpisah, bapa saya pulang ke AS dan kali terakhir saya jumpa dia masa umur saya 19 tahun.

“Lepas itu, saya tak dapat jumpa sebab pandemik Covid-19. Jadi, bila dapat tahu keadaan bapa makin teruk, sudah tentu saya nak jumpa dia,” ujarnya.

Untuk rekod, Nina sebelum ini menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan kemudian dihantar ke bengkel lakonan yang dikendali oleh Ogy.-mSTAR

Ditegur Ogy Tinggalkan Set, Pelakon Nina Smith Terpaksa Ke Amerika Syarikat Ziarah Bapa Kena Strok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ogy bengang Nina Smith tinggalkan set, susahkan produksi

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *