11 tahun ketakutan hutang polis

11 tahun ketakutan hutang polis

KUANTAN – Seorang pengguna jalan raya yang mempunyai 124 saman tunggakan polis berjumlah lebih RM27,000 berhasrat untuk melunaskannya sebelum tamatnya tempoh diskaun pada 31 Disember ini.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia ingin menyelesaikan semua samannya berjumlah RM5,500 selepas diskaun supaya bebas hutang setelah 11 tahun tertangguh.

Wan cukup lega apabila Polis Diraja Malaysia melanjutkan kempen diskaun 80 peratus pembayaran sehingga hujung tahun ini.

“Kini saya sedang mengumpulkan wang bagi melunaskan saman yang terkumpul sejak tahun 2010.

“Jika tiada kempen diskaun ini, jumlah tunggakan yang perlu dibayar sebanyak RM27,750,” katanya.

Wan yang memiliki lesen memandu sejak umur 19 tahun mengakui telah disaman dengan pelbagai rekod kesalahan.

Jadi, sekarang merupakan satu peluang untuk melunaskan hutang-hutang dengan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dia mengakui sering diselubungi ketakutan lagi kerana gagal menjelaskan hutang besar dengan polis.

“Saya harap ada rezeki untuk bayar semua (hutang).

“Biarpun jumlah saman beribu, tapi kalau tiada diskaun lagi banyak… memang tidak akan mampu diselesaikn. Jadi lanjutan diskaun ini sangat membantu,” ujarnya. MG

11 tahun ketakutan hutang polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker