Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup

Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada hari ini mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

“Notis penutupan ini disambung bermula dari hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.



Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” kata JKR Daerah Kinta dalam kenyataan itu.

Katanya pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.

Pada 2 Disember lepas, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan. – Bernama

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker