Naikkan cukai demi penjagaan kesihatan lebih baik

Naikkan cukai demi penjagaan kesihatan lebih baik

Malaysia tidak mempunyai sistem percukaian mantap yang dilihat mampu menyumbang lebih dana bagi membiayai penjagaan kesihatan awamnya, kata Pengerusi Institut Kajian Khazanah Nor Mohamed Yakcop.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara semakin meningkat, namun tidak bagi cukainya.

“Kita perlu melihat kepada perubahan dalam percukaian dan meningkatkan cukai, jadi pendapatan itu akan menjamin kesihatan lebih baik kepada generasi masa depan,” katanya dalam webinar yang dianjurkan institut berkenaan.

Katanya, rakyat Malaysia lebih banyak berbelanja untuk mendapatkan rawatan, berbanding melakukan langkah pencegahan, seperti melakukan saringan kesihatan dan mempromosi gaya hidup sihat menerusi pendidikan kesihatan.

Dalam pada itu, penyelidik institut itu, Nazihah Muhamad Noor, berkata hasil berdasarkan cukai membolehkan penjagaan kesihatan didanai dalam jumlah besar bagi manfaat rakyat.

“Skim berasaskan cukai menggerakan dana daripada keseluruhan populasi tanpa membabitkan tambahan beban pentadbiran dan peningkatan sumber tersedia,” katanya.

Merujuk kepada kajian bersama dengan rakan penyelidik, Ilyana Syafiqa Mukhriz Mudaris, Nazihah berkata, insurans kesihatan sosial tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana ia menambah pembayaran cukai terhadap rakyatnya.

“Insurans kesihatan swasta dinilai berisiko, kebiasaannya menjadikan ia tidak mampu ditanggung kumpulan berpendapatan rendah.”

Menerusi perbelanjaan tinggi subsidi bagi sektor kesihatan awam, Malaysia berjaya menyediakan liputan kesihatan meluas, menghasilkan peningkatan signifikan kesihatan seperti jangka hayat lebih tinggi, selain merekodkan kematian rendah membabitkan ibu dan anak, kata laporan kajian berkenaan.

Demi memastikan perlindungan kesihatan berterusan bagi rakyat, kajian mereka mencadangkan tiga dasar yang boleh dipertimbangkan dalam sistem kesihatan negara ini.

“Pertama, komitmen berterusan dalam penjagaan kesihatan awam demi menjamin mekanisme pengumpulan kewangan terbesar difokuskan terhadap keseluruhan populasi, berbanding kepada beberapa kumpulan tertentu sahaja,” katanya.

Kedua, beliau berkata, memfokuskan kepada rekod kesihatan elektronik kebangsaan yang menyeluruh bagi mengawal selia penjagaan berterusan secara peribadi dan mempromosi khidmat penjagaan pencegahan.

Ketiga, pendekatan “kesihatan dalam semua dasar” bertujuan menangani penentu sosial kesihatan, termasuk impak kesihatan dalam semua dasar sosial. FMT

Naikkan cukai demi penjagaan kesihatan lebih baik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker