7 kumpulan ajaran sesat dipantau rapat oleh Polis

Polis sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam di negara ini, kata Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata tujuh kumpulan ajaran sesat itu dikenal pasti sebagai Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim (MA), Ajaran Suhaini @ Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion Of Peace And Light.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata polis juga bekerjasama erat menjalankan siasatan bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan agama Islam negeri bagi membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada disebarkan dalam kalangan masyarakat.

Razarudin berkata sepanjang Januari 2022 hingga semalam, sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, seramai 23 individu ditahan melibatkan pemimpin dan pengikut kumpulan ajaran sesat itu.

“Jumlah tangkapan itu melibatkan Tarekat Habib Shah (20 tangkapan) dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir Zaman, NMM dan Ajaran Suhaini @ Sihulk,” katanya.



Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan akan diambil sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat yang dikesan membuat atau mengeluarkan kenyataan boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh memudaratkan tahap keselamatan awam,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker