Ratusan Hadiah Krismas Hilang Dicuri Bila Penghantar Hanya Letak Depan Pintu Rumah

Ratusan Hadiah Krismas Hilang Dicuri Bila Penghantar Hanya Letak Depan Pintu Rumah

SAMBUTAN Hari Krismas pastinya kurang seri tanpa pemberian hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan tercinta.

Disebalik kemeriahan itu, banyak kes kehilangan hadiah Krismas turut dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, ramai yang membeli hadiah secara dalam talian yang mana ia akan diserahkan kepada insan tersayang ketika Krismas nanti

Namun, disebabkan jadual penghantaran yang padat, banyak hadiah ditinggalkan di lokasi tidak selamat seperti di hadapan pintu rumah sahaja.

Ia sekaligus membuka ruang kepada individu tidak bertanggungjawab untuk mencuri hadiah-hadiah berkenaan.

“Pekerja penghantaran berhadapan jadual yang padat setiap hari. Ia bermakna banyak bungkusan ditinggalkan di lokasi tak selamat,” ujar wakil organisasi Citizens Advice, Anne Pardoe.

Untuk rekod, berlaku peningkatan pembelian atas talian untuk hadiah Krismas sejak dua tahun lalu.

Ia menyebabkan ada pekerja yang perlu menyelesaikan sehingga 250 bungkusan dalam satu syif kerja mereka.

Menurut seorang mangsa, Milly Ceglowski, 36, dari London, baju yang dibeli secara atas talian turut hilang selepas ia dihantar ke kediamannya.

“Saya dapat email pukul 6.7 petang. Pukul 6.41, ia sudah hilang selepas dihantar di hadapan pintu rumah saya,” ujarnya. –
Daily Star.

Ratusan Hadiah Krismas Hilang Dicuri Bila Penghantar Hanya Letak Depan Pintu Rumah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker