5 Pencuci Mulut Ini Boleh Dimakan Tanpa Rasa Bersalah Buat Penghidap Diabetes

5 Pencuci Mulut Ini Boleh Dimakan Tanpa Rasa Bersalah Buat Penghidap Diabetes

BAGI pesakit diabetes, makanan manis sering dianggap ‘haram’ kerana ia menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

Tetapi jangan risau masih terdapat makanan manis untuk pesakit diabetes yang masih boleh dimakan.

Pesakit kencing manis disarankan supaya ‘lebih cerewet’ dalam memilih makanan untuk mengawal paras gula dalam badan.

Pakar nutrisi di sebuah Pusat Perubatan DuPage, Chicago, Lara Rondinelli-Hamilton, mencadangkan jika anda ingin makan sepotong kek manis sebagai pencuci mulut, cuba elakkan makanan dengan kandungan kanji tinggi sebagai bahan utama.

“Pencuci mulut dan gula-gula lain tidak mempunyai banyak nutrien penting seperti makanan lain, jadi sebaiknya kurangkan memakannya,” katanya kepada WebMD.

Selain mengehadkan kekerapan pengambilan, berikut adalah beberapa makanan manis untuk penghidap diabetes yang masih selamat dimakan seperti:

1. Coklat gelap (dark chocolate)

Walaupun tidak ramai menggemari coklat gelap kerana sedikit pahit tetapi ia cara yang sihat dan lazat untuk memenuhi rasa manis penghidap diabetes.

Makanan ini sangat kaya dengan flavonoid, sejenis sebatian tumbuhan yang boleh membantu melindungi daripada masalah penghidap diabetes tahap dua.

Selain itu, ia lebih rendah kandungan gula, karbohidrat dan kalori daripada coklat susu, dengan hanya mengandungi 13 gram karbohidrat dalam setiap hidangan 1 auns (28 gram).

Adalah lebih baik jika anda cari coklat gelap dengan sekurang-kurangnya 70 peratus koko, dan kekalkan sekitar 28 gram pada satu masa.

2. Buah pir

Pir adalah sumber serat yang baik, mempunyai lebih daripada 4 gram serat serta 21.3 gram karbohidrat, dalam setiap 140 gram buah.

Serat melambatkan penyerapan gula dalam aliran darah, boleh menstabilkan paras gula dalam darah selepas makan.

Menurut kajian, makan pir segar juga boleh menjadi strategi yang berkesan untuk membantu meningkatkan kawalan gula darah bagi penghidap diabetes.

Pir boleh dinikmati seadanya atau dipotong menjadi kepingan nipis seperti kerepek dan dibakar untuk kepingan lebih rangup sebagai hidangan manis sesuai bagi kalangan penghidap diabetes.

3. Buah epal

Epal memiliki banyak manfaat, lazat dan berkhasiat, dengan 28 gram karbohidrat dan 5 gram serat dalam satu epal sederhana.

Epal juga mempunyai indeks glisemik yang rendah, merupakan ukuran berapa banyak makanan tertentu mempengaruhi paras gula darah.

Lebih-lebih lagi, satu kajian juga mendapati bahawa makan epal sebelum menjamah nasi membantu menurunkan paras gula dalam darah, berbanding makan nasi sahaja.

Cuba hiris sebiji epal dan tambahkan sedikit kayu manis untuk snek yang mudah dibawa ke mana-mana, atau disalut dengan mentega kacang untuk meningkatkan pengambilan protein dan lemak baik.

4. Buah anggur

Seperti buah lain, anggur boleh menjadi makanan sihat yang tinggi serat untuk pesakit kencing manis.

Malah, setiap hidangan 1/2 cawan (75 gram) mengandungi kira-kira 1 gram serat dan 14 gram karbohidrat.

Buah ini juga sarat dengan antioksidan dan polifenol, boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi daripada komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan diabetes.

Untuk snek manis dan menyegarkan, cuba nikmati beberapa buah anggur segar dengan bekukan ia semalaman.

5. Greek Yogurt

Dengan 20 gram protein dalam setiap hidangan tujuh auns (200 gram), yogurt Greek ini boleh menjadi pilihan snek yang baik untuk penghidap diabetes.

Makanan ini meningkatkan pengambilan protein anda untuk membantu menyokong kawalan selera makan dan mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak.

Menariknya, beberapa kajian juga menunjukkan bahawa suplemen harian dengan yogurt diperkaya dengan vitamin D dan probiotik boleh membantu meningkatkan kawalan gula dalam darah pada penghidap diabetes tahap dua.

Sebagai pilihan terbaik, ambil yogurt Greek kosong atau biasa dan tambahkan rasa manis dengan buah-buahan seperti beri biru, strawberi, anggur bersama-sama dengan taburan serbuk kayu manis.

5 Pencuci Mulut Ini Boleh Dimakan Tanpa Rasa Bersalah Buat Penghidap Diabetes

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker