Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Berada Di Mana-Mana Pula
Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Berada Di Mana-Mana Pula
Kembali mencuri perhatian warga maya, bekas penyanyi nasyid In-Team, Suhaimi Saad ada membuat kenyataan yang dianggap ‘berani’ oleh sesetengah pihak berikutan kepercayaan yang diikutinya kini.
Jika sebelum ini, Suhaimi Saad menerusi beberapa hantaran di Facebook lantang membahaskan mengenai pandangannya terhadap bumi yang berbentuk datar, menolak sistem pendidikan di Malaysia dan juga memilih untuk tidak menerima vaksin.
Terbaru, dakwaan Suhaimi Saad yang menafikan bahawa Allah S.W.T itu ada di mana-mana ternyata telah berjaya menuai respon daripada netizen.
Tulis Suhaimi Saad yang dikenali sebagai Mosus di Facebook, dia tidak percaya beberapa perkara seperti keberkesanan vaksin, bentuk bumi, sistem demokrasi, sistem perbankan, sistem pendidikan, ganja dan ketum itu berbahaya dan Allah itu berada di mana-mana.
Meskipun diminta pengikut media sosialnya untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai kenyataannya itu, Suhaimi menyuruh warga maya untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai ilmu berkaitan agama Islam.
Malah, dia menyifatkan tafsiran ayat kedua surah Al-Fatihah sebagai terlalu umum.
Terdahulu, Suhaimi turut dikecam warga maya apabila dia secara terbuka membincangkan mengenai kisah privasi dan perkara intim bersama pengikut di media sosialnya. Bn
Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Berada Di Mana-Mana Pula
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki