Harimau Malaya ‘digoreng’ Vietnam

HASRAT Harimau Malaya untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam aksi kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 tidak kesampaian apabila tumpas 3-0 kepada penyandang juara, Vietnam di Stadium Bishan, Singapura semalam

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sekali lagi memberi kepercayaan kepada kesebelasan yang sama ketika menang 4-0 ke atas Kemboja pada Khamis lalu apabila berdepan skuad Naga Emas.

Bagaimanapun, anak-anak buahnya sekali lagi berdepan masalah mengekang asakan licik Vietnam yang ternyata berada dalam kelas tersendiri dalam aksi tersebut.

Vietnam berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan Nguyen Quang Hai pada minit ke-32 selepas dia melakukan rembatan kencang hasil hantaran ‘cutback’ Nguyen Tuan Anh.

Berselang seminit kemudian, Harimau Malaya berpeluang menyamakan kedudukan, namun percubaan Luqman Hakim Shamsudin tersasar.

Vietnam melebarkan kedudukan apabila Nguyen Cong Phoung melakukan larian yang memperdayakan pertahanan, Dominic Tan sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-36.

Harimau Malaya hampa pada masa kecederaan babak pertama apabila percubaan jarak dekat Syafiq Ahmad selepas menerima hantaran cantik daripada Baddrol Bakhtiar dinafikan penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh.

Memasuki babak kedua, Cheng Hoe melakukan beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Guilhermede Paula dan R Kogileswaran menggantikan Luqman Hakim dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Sebaliknya, Vietnam berjaya sekali lagi menggempur kubu Harimau Malaya apabila gerakan solo Nguyen Hoang Duc memastikan gol ketiga Naga Emas seminit sebelum perlawanan berakhir.

Selain terpaksa menelan hakikat tewas buat kali keempat berturut-turut kepada Vietnam sejak 15 Disember 2018, Harimau Malaysia tampak semakin tempang apabila kehilangan dua tonggak pertahanan – Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad akibat kecederaan.

Harimau Malaya ‘digoreng’ Vietnam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Salahkah saya main golf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker