Hanya kerana bil telefon, DJ wanita rugi RM419,050 diperdaya ‘Inspektor Ling’

JOHOR BAHRU: Seorang DJ wanita di sebuah pusat hiburan mengalami kerugian sebanyak RM419,050 selepas diperdaya ‘Inspektor Ling’ berkaitan tunggakan bil telefon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Amran Md.  Jusin berkata, mangsa berusia 45 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Taman Pelangi di sini semalam.

Beliau berkata, pengadu menerima panggilan telefon pada 1 Disember lalu melalui talian telefon tetap daripada lelaki tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Telekom Malaysia.

“Lelaki itu mengatakan bahawa nama pengadu akan disenarai hitam kerana tunggakan bil telefon belum dijelaskan dan akan menghubungi pengadu semula.

“Pengadu kemudiannya telah menerima panggilan telefon wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Ling’ dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan yang memaklumkan boleh membantu pengadu membuat laporan polis secara dalam talian.

“Inspektor Ling kemudian menyatakan telah membuat semakan ke atas nama pengadu dan mendapati pengadu terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, suspek wanita itu kemudian mengarahkan pengadu membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan atas alasan untuk siasatan dan wang itu akan dikembalikan selepas siasatan selesai.

Terpedaya dengan kata-kata Inspektor Ling, katanya, mangsa membuat 58 transaksi pindahan wang berjumlah RM419,050 ke lapan akaun pelbagai bank antara 2 hingga 9 Disember lalu.

“Pengadu hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas gagal menghubungi Inspektor Ling selepas bayaran dibuat. Polis mengingatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon dari individu tidak dikenali yang mendakwa dari penguatkuasa,” katanya.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Hanya kerana bil telefon, DJ wanita rugi RM419,050 diperdaya ‘Inspektor Ling’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker