Aset Sajat mula dilelong esok

Aset Sajat mula dilelong esok

ASET Muhammad Sajjad Kamaruz zaman yang disita dua minggu lepas bakal dilelong esok (Selasa) pada pukul 10.30 pagi.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lepas, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Sajjad pada 14 Disember lalu.

“Maka, mahkamah telahpun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong besok,” kata Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd.

Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 daripada OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajjad cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 ribu gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini telah dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka turut meluahkan kelegaan mengenai pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh MSajjad kini diketahui oleh semua dan hanya satu helah bagi memanipulasikan fakta.

Kedua-dua plaintif juga berkata yang mereka tidak pernah memfitnah Sajjad malah merekalah yang difitnah.

“Keputusan mahkamah adalah testimoni yang sistem perundangan negara bersetuju dengan hujahan dan bukti-bukti yang telah dibentangkan oleh pihak plaintif,” tambah Nurul Hafidzah.

Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke alamat seperti yang tertera di atas. Utv

Aset Sajat mula dilelong esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker