2 singa terlepas dari kurungan di Lapangan Terbang Changi

2 singa terlepas dari kurungan di Lapangan Terbang Changi

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi gempar semalam apabila dua ekor singa yang sedang di bawa ke luar negara terlepas dari kurungan, dengan seekor daripadanya dilihat berada atas sangkarnya.

Keadaan panik itu berterusan sehingga dua singa berkenaan ditembak dengan ubat tidur dan kini sedang pulih di bawah jagaan Mandai Wildlife Group (Mandai).

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang menguruskan penghantaran singa itu menghubungi pasukan jagaan veterinar dan karnivor itu bagi membantu.

Tidak dapat dipastikan dari negara mana singa itu datang dan ke mana destinasinya, namun akhbar The Straits Times difahamkan terdapat tujuh singa yang ingin dihantar menggunakan pesawat sama.

Menjawab soalan The Straits Times, SIA berkata singa itu masih berada dalam lingkungan jaringan keselamatan yang dipasang keliling kontena sepanjang masa walaupun terlepas dan tiada gangguan pada operasi pesawat.

“Sedang perkara ini disiasat, keutamaan serta-merta adalah keselamatan singa itu sendiri.

“SIA bekerjasama dengan Mandai, yang mengusahakan satu-satunya kemudahan hidupan liar di Singapura dan memiliki kelengkapan untuk menjaga karnivor besar seperti ini,” katanya. BH

2 singa terlepas dari kurungan di Lapangan Terbang Changi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker