Pengikut Syiah semakin bertambah

JAWA BARAT: Pengikut aliran Syiah di Bogor dilaporkan semakin bertambah sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Lapor Suara.com, penduduk kampung memaklumkan di Kota Hujan terdapat perkampungan Syiah.

Lokasi kampung Syiah di Bogor terletak di Gang Siti Hasan-Pancasa, Kelurahan Pasirkuda, Kota Bogor.

Menurut penduduk setempat yang dikenali sebagai FH, ketika ini kondisi di kampung Syiah Bogor sudah begitu kondusif.

“Jemaahnya sudah melakukan aktiviti seperti biasa. Kalau semalam, jumlahnya ada seratus orang yang berkumpul di sini,” katanya.

FH berkata, sudah 23 tahun fahaman Syiah bertapak di perkampungan ini.

“Kalau dulu jumlahnya hanya melibatkan empat keluarga dan 16 ahli.

“Saya pun tidak sedar bagaimana mereka boleh mempunyai jemaah seramai ini, sedangkah dahulu hanyalah kumpulan kecil,” katanya.

Penganut fahaman Syiah dianggap menyimpang daripada ajaran Islam sebenar, namun sehingga kini Majlis Ulama Indonesia tidak pernah mengeluarkan fatwa mengenai fahaman tersebut.

Pengikut Syiah semakin bertambah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muafakat Nasional, UMNO Selangor utus surat kepada Hadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker