Saya korbankan Krian, GPS perlu korbankan Saratok – Ali Biju

Saya korbankan Krian, GPS perlu korbankan Saratok – Ali Biju

Datuk Ali Biju yang namanya masih tercetak pada kertas undi kerusi Krian berkata, rundingan telah dijalankan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya kerusi Parlimen Saratok yang disandangnya akan dipertahankan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Inilah yang kita harapkan supaya pengorbanan kita ini (Ali umum tarik diri), dengan itu memberi laluan kepada GPS di Krian, maka pada PRU-15, kita minta jugalah supaya GPS memberi laluan kepada Bersatu di Parlimen Saratok.



“Ini yang kita mintalah sebab pengorbanan ini pengorbanan perlu dua-dua pihak. Saya memang penyandang kerusi Saratok, maka kita korbankan Krian. Kita bincang dan kita akan bertanding di Saratok. Ini yang kita harapkan,” katanya dalam sidang media secara maya melalui Facebook miliknya malam ini.

Sidang akhbar itu dihadiri oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Rashid Hasnon.

Ali ditanya sama ada kenyataannya menarik diri bertanding di Krian dibuat setelah berunding dengan GPS.

Menjawab pertanyaan itu, sambil memandang Azmin, seolah-olah memohon keizinannya, Ali berkata:



“Ini perbincangan tertinggi peringkat GPS dengan Bersatu.

“Saya tidak dapat mendedahkan rundingan tersebut, tapi memang ada perbincangan mengenai kedudukan Saratok,” katanya.

Jelasnya, beliau akan menggerakkan kempen secara aktif bermula Isnin ini, dengan memberikan sokongan kepada calon GPS di Krian, Friday Belik.

“Saya akan pergi ke kampung-kampung dan rumah panjang dengan bertemu pengundi saya bagi menerangkan di kertas undi itu supaya tak perlu pangkah saya lah. Pangkahlah calon GPS, ini yang saya akan buat, supaya mereka tidak memangkah saya.



“Ini keputusan terbaik untuk semua, saya sudah dapat nasihat daripada kepimpinan parti demi hubungan dengan GPS kerana kita melihat kerangka lebih besar iaitu PRU-15.

“Jadi, ini satu keputusan strategik yang saya ambil, saya harap semua faham. Saya yakin dengan sokongan saya, GPS akan menang di Krian.

“Kemenangan GPS, adalah kemenangan saya. Kalau GPS menang, saya juga menang. Keputusan strategik ini perlu kita perkukuhkan demi Saratok,” katanya. Utusan

Saya korbankan Krian, GPS perlu korbankan Saratok – Ali Biju




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker