JPJ lanjut tempoh diskaun saman sehingga Rabu

JPJ menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

JPJ lanjut tempoh diskaun saman sehingga Rabu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus sehingga Rabu ini sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Berita baik pelanjutan tempoh itu dimaklumkan JPJ melalui media sosial pada Sabtu.

“Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).



“Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ,” kata kenyataan tersebut.

Pada Selasa, JPJ menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

JPJ memaklumkan, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Bagaimanapun, kes dalam perbicaraan dan berstatus waran tangkap serta kes yang masih dalam tindakan senarai hitam, tidak layak mendapat pengurangan tersebut.



JPJ lanjut tempoh diskaun saman sehingga Rabu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker