Tiga beg ganja ditemui dalam stor TNB

Tiga beg ganja ditemui dalam stor TNB

Serbuan polis secara mengejut di sebuah stor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Jalan Kerinchi, Pantai Dalam di sini membawa kepada penemuan tiga beg dadah jenis ganja.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, rampasan itu dilakukan atas maklumat yang diterima oleh polis.

“Bertindak atas maklumat, jam lebih kurang 12.30 tengah malam hari Selasa, sepasukan anggota Team Task Force dari Balai Polis Pantai telah menjalankan pemeriksaan di stor TNB, Jalan Kerinchi.

“Dalam serbuan itu, polis telah menjumpai tiga beg di dalamnya mengandungi dadah jenis kanabis anggaran seberat 12.926 kilogram,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi.

Nilai rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM32,315.

Menurutnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Katanya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 4,308 orang pengguna dadah.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenal pasti ahli-ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi.

“Polis juga sedang menyiasat secara mendalam sama ada setor TNB berkenaan telah diceroboh suspek ahli sindiket dadah yang terbabit ataupun berkemungkinan wujud penglibatan orang dalam TNB yang bersubahat dan terlibat dalam kegiatan terlarang itu.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan rampasan dadah ini bolehlah menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan,” tegas beliau. MG

Tiga beg ganja ditemui dalam stor TNB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker