Liverpool terus kebal di Eropah

MILAN: Liverpool muncul kelab England pertama memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan ketika menyingkirkan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Kemenangan 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di San Siro, memastikan Reds memenangi enam daripada semua enam perlawanan liga.

Milan, antara pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Eropah dengan
tujuh trofi Liga Juara-Juara memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan 16 akhir.

Fikayo Tomori memberi permulaan sempurna buat tuan rumah apabila membuka jaringan pada minit ke-29.

Liverpool bagaimanapun menunjukkan tindak balas pantas dengan menyamakan kedudukan menerusi Divock Origi di minit ke-36.

Hanya 10 selepas minit selepas separuh masa kedua bersambung, Mohamed Salah melengkapkan kemenangan Reds.

Liverpool yang merehatkan ramai tonggak termasuk Jordan Henderson, Diogo Jota, Thiago Alcantara, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold, Andrew Robertson dan Joel Matip menjuarai Kumpulan B dengan 18 mata maksimum.

“Persembahan yang menakjubkan biarpun kami melakukan banyak pertukaran. Semua pemain amat berkeyakinan untuk menunjukkan kemampuan.

“Saya nampak banyak perkara bagus dalam perlawanan ini. Ia sukar dipercayai,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Milan, yang merupakan pendahulu Serie A turut kehilangan beberapa tonggak, termasuk penyerang Rafael Leao dan Ante Rebic.

Kekalahan bermakna mereka kini gagal melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 2013.

ATLETICO Madrid mengiringi Liverpool ke pusingan 16 akhir selepas mengalahkan Porto 3-1.

Milan juga terlepas tiket ke Liga Europa selepas gagal menamatkan Kumpulan B di tangga ketiga.

Porto sebaliknya meraih tiket ke kejohan itu selepas kalah 1-3 kepada Atletico Madrid dalam satu lagi aksi Kumpulan B.

Jaringan Antoine Griezmann, Angel Correa dan Rodrigo De Paul membawa Atletico ke peringkat kalah mati selaku naib juara kumpulan. – AGENSI

Liverpool terus kebal di Eropah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amerika boikot Sukan Olimpik Beijing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker