Kesan sampingan vaksin Covid-19, BioNTech disaman

BERLIN – Perbicaraan pertama tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pekerja penjagaan kesihatan di Jerman terhadap BioNTech atas dakwaan kesan sampingan vaksin Covid-19 keluaran syarikat itu akan didengar pada Isnin.Tuntutan itu difailkan oleh firma guaman Rogert & Ulbrich bagi pihak seorang pekerja penjagaan kesihatan.Pekerja itu menuntut €150,000 (lebih kurang RM740,600) sebagai pampasan atas kecederaan tubuh badan yang didakwa disebabkan oleh vaksin itu, lapor Agensi Anadolu.

Wanita pertengahan umur itu mendakwa mengalami sakit di bahagian atas badan, bengkak pada lengan dan kaki, keletihan dan gangguan tidur.

Plaintif juga meminta pampasan untuk kerosakan material yang tidak dinyatakan.

Rogert & Ulbrich berkata, firma itu telah memfailkan kira-kira 250 tindakan undang-undang bagi pihak pelanggannya yang menuntut pampasan ke atas kesan sampingan yang didakwa akibat vaksin itu.



Syarikat bioteknologi itu turut berhadapan saman yang sama daripada Casar-Preller dan Caesar-Preller yang berpangkalan di Mainz, yang mengumumkan bahawa ia memfailkan 100 saman.

Kira-kira tiga perempat daripada 224 juta dos vaksin yang ditadbir di Jerman dihasilkan oleh BioNTech, dan sebahagian besar tuntutan pampasan telah difailkan terhadap BioNTech, yang mempelopori penggunaan teknologi mRNA dalam vaksin.

Kes-kes di Jerman mewakili tuntutan pampasan terbesar yang dihadapi BioNTech di seluruh dunia sejak wabak Covid-19.

Tuntutan undang-undang serupa telah difailkan di Itali atas dakwaan kesan sampingan vaksin Covid-19.



BioNTech dalam satu kenyataan menyatakan bahawa selepas pemeriksaan rapi, pihaknya yakin kes yang dipersoalkan itu ‘tidak berasas’ dan akan ditolak.

Kenyataan itu menyatakan bahawa kira-kira 1.5 bilion orang di seluruh dunia, termasuk sekurang-kurangnya 64 juta di Jerman, telah diberikan vaksin itu, dan sehingga kini, kesan sampingan yang berpotensi selain daripada yang telah disenaraikan dalam maklumat produk yang berkaitan, masih belum dikesan. – Bernama-Anadolu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker