Bergaduh pasal parkir sampai jadi kes bunuh


Seremban: Lelaki tempatan ditemukan mati selepas terbabit dalam satu pergaduhan dengan warga asing di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang, di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 malam mengenai pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang.

Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki berusia 46 tahun mati di jalan raya di hadapan sebuah rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian membabitkan masalah parkir kereta. Mangsa yang datang ke lokasi kejadian untuk menemui majikannya meletakkan kereta di hadapan sebuah rumah.



“Kami difahamkan masalah ini parkir sudah berlarutan sekian lama. Pemilik rumah dikatakan meletakkan tanda larangan parkir kenderaan di jalan raya.

“Mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan lalu membuat provokasi terhadap suspek dan kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.

Mohd Said berkata, selepas pertengkaran itu, mangsa dikatakan keluar dari kawasan rumah dan rebah di jalan raya.

Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki Myanmar berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.



“Ketika disoal siasat, suspek mengaku berlaku pertengkaran antara dia dengan mangsa yang berpunca daripada masalah parkir.

“Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca kejadian dan kematian mangsa,” katanya.

Katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Seorang maut, dua parah diserang lapan lelaki – Langkap



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker