Resepi Lasagna Paling Special


Resepi Lasagna Paling Special

Masa Penyediaan: 40 minit,
Masa Memasak:1 jam,
Jumlah Hidangan:X biji

Menu istimewa kali ini adalah Lasagna. Sejenis pasta yang disusun lapis berselang-seli dengan sos bolognese ataupun ragu, dan pelbagai jenis cheese.

Boleh tambah sayur ikut mana yang kita suka dan bila masak, cheese Itu akan cair bersama dengan sos yang kita lapis.

Itu yang buatkan lagi sedap dan menarik.
Selain sos Bolognese, kita akan tunjuk cara untuk sediakan satu lagi sos iaitu sos putih atau sos bechamel, iaitu antara elemen penting untuk hasilkan lasagna yang super sedap.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk sos bolognese:

3-4 sudu besar minyak zaitun
½ biji bawang holland
3-4 ulas bawang putih
400g daging atau ayam kisar
½-1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ batang lobak merah
1 biji capsicum
2 tin / 800g tomato pomodori atau whole tomato
2 keping daun bay kering
½-1 sudu besar Italian Herbs
2-3 sudu besar pes tomato
½ kiub stok lembu atau ayam
¼ cawan susu full cream
gula dan garam secukup rasa
8-12 cendawan butang

**NOTA: Kalau tak ada tomato pomodori atau whole peel, boleh ganti tomato puree anggaran 300g-400g. Boleh letak sikit-sikit dulu dan rasa tahap masam kuah.

Bahan-bahan untuk sos bechamel:

3 sudu besar / 43g mentega tak bergaram
2 sudu besar tepung gandum
2 ½ cawan susu full cream
1 sudu besar serbuk cheese parmesan
2 keping keju cheddar (**kalau tak guna cheddar, boleh tambah lagi 2 sudu besar serbuk parmesan)
¼ sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan-bahan untuk lapisan lasagna:

cheese mozarella secukupnya
serbuk cheese parmesan secukupnya
kepingan lasagna (**boleh guna yang tak perlu masak atau perlu masak dahulu)
kepingan aluminium (untuk bakar)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk sos bolognese:

Potong dadu bawang holland dan lobak merah.

Cincang halus bawang putih dan lada benggala serta hiris kasar cendawan.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland tetapi jangan terlalu garing.

Masukkan bawang putih, daging kisar atau ayam kisar. Kerap kacau sehingga air daging kelihatan kering.

Masukkan serbuk lada hitam, lobak merah dan lada benggala. Tutup dan masak dalam anggaran 5 minit.

Sesudah itu, masukkan tomato dalam tin, daun bay kering, serbuk Italian herbs, pes tomato, stok lembu dan ayam dan susu full cream.

Tambah garam dan gula secukup rasa serta masukkkan cendawan butang dan sedikit serbuk lada hitam.

Masak sos dalam 5-10 minit sampai sos bolognese menjadi pekat.

Cara-cara untuk sos Bechamel:

Panaskan kuali dan mentega tak bergaram.

Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga masak sekata.

Masukkan susu full cream, serbuk cheese parmesan, keju cheddar lalu masak dan kacau sehingga sos menjadi pekat.

Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.

Cara-cara untuk penyediaan lasagna:

Letak dan ratakan sederhana sos bolognese sebagai lapisan pertama.

Susun kepingan lasagna sehingga tutup kesemua permukaan lalu diikuti lapisan sos bolognese, sos bechamel, serbuk cheese parmesan, cheese mozzarella dan kepingan lasagna.

Kemudian, ulang mengikut turutan yang sama sehingga penuh bekas dan lapisan terakhir adalah cheese mozzarella.
Bakar dengan suhu 170˚, 30-40 minit.

Pada 10 minit terakhir, bakar lasagna tanpa kepingan aluminium dan sambung bakar.

Lasagna kemudian sudah siap dan boleh dihidang.

Tips:

Masak kedua-dua sos bolognese dan bechamel dengan api yang sedarhana atau perlahan.

Jika menggunakan mentega bergaram, tidak perlu letak garam tetapi kalau rasanya masih kurang masin, boleh saja tambah garam.

Balut bekas lasagna dengan kepingan aluminium supaya bahagian dalam lasagna masak dahulu dan bahagian atas terlebih masak.

Resepi Che Nom

Resepi Cucur Ikan Bilis Viral

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker