Seorang maut, dua parah diserang lapan lelaki – Langkap

Seorang maut, dua parah diserang lapan lelaki di Langkap, kejadian berlaku  di Tapak Pembinaan Perumahan Taman Desa Maju, Langkap di Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.45 petang itu, mangsa berumur 29 tahun itu sedang minum bersama tiga lagi rakannya sebelum dihampiri sekumpulan lapan lelaki menaiki dua kereta yang bertindak menyerang mereka.

“Mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri. Suspek telah mengejar mangsa yang maut dan rakannya menggunakan parang.



“Mangsa melarikan diri seorang diri ke dalam kawasan belukar berhampiran tapak perumahan berdekatan dan dipercayai telah ditetak di dalam kawasan semak tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian ditemukan orang awam pada kira-kira 9 malam dengan kesan kelar di badan, berpakaian lengkap dalam posisi mengiring sebelah kanan manakala lengan kanan hampir putus dan berlumuran darah di kawasan semak berhampiran lokasi pergaduhan.

 

Menakutkan, kes Covid-19 di India lepasi 24 juta



Individu menyerang dikenali

Ahmad Adnan berkata dua lagi rakan mangsa berumur 19 dan 25 tahun turut mengalami kecederaan dengan seorang putus tiga jari tangan kiri manakala seorang lagi cedera pada lengan kanan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang cedera parah akibat ditetak suspek telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.

“Seorang lagi rakan mangsa yang berumur 32 tahun tidak cedera dan menjadi saksi telah menyatakan lima lelaki yang terlibat menyerang mereka adalah individu dikenali manakala tiga lagi tidak dikenali.



“Sebuah daripada kenderaan tersebut jenis Proton Iswara berwarna putih namun nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Ahmad Adnan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar tampil menghubungi polis di talian 05-6299 222 (ASP Hamzanni).

Katanya siasatan lanjut dan operasi mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

– Bernama



Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera parah dalam

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Biodata Artis Reen Rahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker