Menakutkan, kes Covid-19 di India lepasi 24 juta

NEW DELHI: Jumlah kes positif Covid-19 di India melepasi 24 juta, iaitu 24,046,809, pada Jumaat dengan 343,144 kes baru didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir, kata kementerian kesihatan.

Angka kematian meningkat kepada 262,317 dengan 4,000 lagi kematian sejak pagi Khamis.

Masih terdapat 3,704,893 kes aktif di negara ini, penurunan 5,632 dalam 24 jam terakhir. Sejumlah 20,079,599 orang telah sembuh dan dikeluarkan dari hospital setakat ini.

Tentera Israel mula memasuki Semenanjung Gaza

Angka Covid-19 terus memuncak di India tetapi pemerintah menolak untuk melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya di seluruh negara, namun ibu negara, Delhi telah diletakkan di bawah perintah itu untuk kali ketiga berturut-turut hingga 17 Mei.

India memulakan usaha vaksinasi di seluruh negara pada 16 Januari. Sejauh ini lebih daripada 179 juta dos vaksinasi telah diberikan di seluruh negara.



 


Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker