Adabi mohon maaf ketupat nasi lembik



Sebaran :


Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memohon maaf ekoran produk Ketupat Adabi lembik setelah dimasak oleh pengguna.

Katanya dalam satu kenyataan, pengguna yang berhadapan masalah tersebut boleh menyalurkan aduan secara terus kepada mereka menerusi rangkaian media sosial rasmi Adabi.

“Untuk makluman, pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang.



“Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupan ini amat dikesali,” katanya hari ini.

Sementara itu, ruangan komen Facebook Adabi terus dibanjiri luahan pengguna yang mengakui menjadi mangsa produk berkenaan.


Tangkap layar pengakuan pengguna yang kecewa dengan produk Ketupat Adabi tahun ini.



Menurut Siti Hanim Mohamad, dia yang merupakan pengguna Ketupat Adabi pada tahun-tahun sebelum ini turut berhadapan masalah pada Aidilfitri kali ini.

“Biasa beli tak pernah lembik. Tahun ini terkena sampai suami mengadu, ingat diri sendiri tersalah masak. Kami maafkan, selamat hari raya,” katanya.

Noraini Mohammad pula berkata: “Memang lembik. Hairan sebab saya dah guna Ketupat Adabi sejak dulu-dulu lagi.



“Tiba-tiba tahun ini tak menjadi nasi himpit. Lembik,” katanya. K Online

Resepi Kurma Kambing Ala Kenduri


Sebaran :


Leave a Reply