Resepi Kurma Kambing Ala Kenduri


Lama saya tak menikmati masakan kurma ni. Dulu merupakan antara makanan kegemaran.

Oleh kerana sambutan Raya Aidiladha kali ini, bagi perantau yang beraya jauh seorang diri, saya menyediakan menu masakan kurma yang sesuai untuk dipadankan dengan nasi himpit atau nasi minyak.

Boleh jer buat untuk berbuka puasa.

Ramuan



500 g daging kambing
2 biji bawang merah besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
3 biji buah keras (dikisar)
2 tangkai daun kari
1 akar ketumbar
1 paket rempah kurma Adabi
Rempah 4 sekawan
Santan sekotak kecil
1 sudu asam jawa
3 biji kentang dipotong wedges
4 biji cili hijau
2 biji tomato dipotong wedges
1 biji bawang holland dipotong kasar
Daun ketumbar
Garam gula secukup rasa
Serbuk lada hitam

Langkah

Sediakan bahan-bahan masakan.



Panaskan sedikit minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Masukkan sekali daun kari.



Setelah rempah dan tumisan naik bau. Masukkan rempah kurma. Masukkan sekali serbuk lada hitam. Tumis rempah masakan hingga beberapa kali naik pecah minyak dengan sedikit air. Kemudian masukkan daging kambing. Gaul sebati hingga daging masak.



Setelah daging hampir masak empuk. Masukkan kentang dan santan. Masukkan sedikit asam jawa. Gaul sebati sehingga daging dan kentang masak. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.



Apabila kuah kurma sebati dan hampir masak. Tambahkan bawang holland, cili hijau dan tomato. Biarkan masak sedikit layu baru tutup api. Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang dipotong. Siap dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker