Lelaki meracau, mengamuk ditemui mati dalam longkang
Lelaki meracau, mengamuk ditemui mati dalam longkang
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang belakang rumahnya selepas meracau dan mengamuk tanpa diketahui punca dalam kejadian di Taman Dahlia, Sungai Petani Kedah, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 31 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pemeriksaan dilakukan kakitangan hospital ketika kejadian jam 7.35 malam.
Adzli berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang pada awal mengatakan jirannya sedang mengamuk di belakang rumah.
Katanya, sebelum itu lelaki berkenaan memaklumkan beliau diberitahu isterinya berhubung kelakuan jiran mereka yang sedang meracau seorang diri dan membuat bising di luar rumah.
“Berikutan itu, lelaki terbabit menghubungi polis dan sebaik tiba di lokasi anggota melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa yang ketika itu tidak sedarkan diri dalam longkang belakang rumah.
“Pihak ambulans terpaksa dipanggil dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tambah beliau, siasatan berdasarkan keterangan jiran mendapati lelaki berkenaan kerap mengamuk tanpa sebarang punca selain tidak memiliki pekerjaan dan dipercayai penagih dadah.
“Hasil keterangan daripada jirannya, mereka mendakwa yang lelaki terbabit memang kerap mengamuk tanpa punca sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk sekitar.
“Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod perubatan psikiatri dengan kali terakhir menerima rawatan pada Mac 2016 lalu,” katanya yang menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adzli berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat serta ujian saringan Covid-19. FMT
Lelaki meracau, mengamuk ditemui mati dalam longkang
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
- Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri
- Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?
- Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc
- Drama gay tampil pelakon Islam, JAKIM mahu rujuk SKMM
- Iqbal kecam Vida, nak naikkan gaji RM200 pun sampai bergaduh
- Ingat, Ismail pernah jual ikan di pasar pagi Temerloh
- Propaganda menipu berhubung Kampung Baru
- Model Ukraine jalin hubungan sulit dengan Putera Arab Saudi?
- Akibat kecewa, lelaki sebar video seksnya bersama bekas isteri
- Chanel ‘Koyak’ Dengan Pengguna TikTok Selepas Kalendar Berharga RM3,490 Dikecam
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen