PrnSarawak: Azizul dikenali rakyat, tidak dibayangi arwah Tok Nan

PrnSarawak: Azizul dikenali rakyat, tidak dibayangi arwah Tok Nan

KUCHING – Azizul Annuar Adenan mahu dinilai berdasarkan kredibiliti sendiri dan bukan menumpang nama besar arwah bapanya bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam usaha membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Penampilan sulung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, 18 Disember ini, calon berusia 30 tahun itu tidak melihat faktor sebagai anak Ketua Menteri kelima itu sebagai kelebihan dalam kempen pilihan raya berkenaan.

Azizul Annuar berkata, beliau telah lama menabur bakti untuk penduduk di Tanjong Datu dan bukan kerana beliau anak kepada pemimpin utama parti dan wakil rakyat di Tanjong Datu.

“Saya telah berkhidmat di kawasan N3 (DUN Tanjong Datu) sudah sekian lama dan menjadi Ketua Pemuda PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) pada 2018,” katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan ada harapan yang tinggi menanti beliau jika menang pada PRN12 nanti.

Ramai pemerhati politik melihat faktor calon muda dan anak kepada individu yang pernah menjadi Ketua Menteri dari 2014 hingga 2017 sebagai kelebihan buat Azizul Annuar.

Ada juga pendapat pengaruh Adenan sememangnya cukup kuat di Tanjong Datu, sehinggakan GPS merasakan beliau merupakan individu yang paling layak untuk meneruskan legasi bapanya, selain menghidupkan ‘suara’ golongan muda di DUN Sarawak.

Pada PRN11 pada 2016, Allahyarham Adenan, yang mesra disapa ‘Tok Nan’ menjadi wakil rakyat kawasan Tanjong Datu kerusi tersebut dengan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk penggal ketiga.

PrnSarawak: Azizul dikenali rakyat, tidak dibayangi arwah Tok Nan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker