PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?

PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?

Perlembagaan Bersatu jelas menetapkan bahawa mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berdepan tindakan disiplin termasuk boleh terhenti keahlian serta-merta, kata Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata demikian sebagai mengulas keputusan Ali Biju yang juga ahli parti itu bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Beliau berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini membuat pengumuman rasmi bahawa parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dan akan membantu memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Perlembagaan Bersatu menyatakan bahawa mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berhadapan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk boleh terhenti keahlian serta merta.

Teka-teki sama ada Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu akan mempertahankan kerusi DUN Krian akhirnya terjawab apabila beliau hadir di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Masyarakat Sri Krian pagi tadi sebagai calon Bebas menggunakan logo kerusi.

Beliau hadir pada 9.02 pagi di dewan tersebut seterusnya menyempurnakan proses pencalonan.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Persoalannya sekarang beranikah Bersatu pecat Ali Biju atau akan cuba ‘berunding’ sesuatu dengannya?

PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker