Dakwaan sebagai budak KJ, ini kata Akmal

Dakwaan sebagai budak KJ, ini kata Akmal

MELAKA: Segala nasihat dan tunjuk ajar daripada bekas pemimpin UMNO yang berada di luar parti akan dijadikan panduan untuk memperkuat dan memperkukuhkan parti.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, walaupun tidak lagi bersama UMNO, jasa mereka kepada parti tetap ada dan tidak boleh dinafikan sesiapa.

Katanya, untuk maju ke hadapan, UMNO memerlukan gaya politik matang dan progresif supaya bergerak lebih jauh.

“Saya ucap terima kasih atas pujian yang diberikan dan ambil maklum semua nasihat yang diberikan. Apa sekali pun sudah tentu UMNO memerlukan bantuan daripada semua pihak untuk sama-sama mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

“Tanggungjawab ini bukan tugas Presiden dan Timbalan Presiden parti semata-mata, tetapi tugas orang UMNO dan orang yang masih sayangkan UMNO tapi berada di luar. UMNO tidak mampu berpecah dan mana yang sayangkan parti, ini masanya untuk kembali bertaut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup Kepada Nelayan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pujian diberikan Khairy Jamaluddin (KJ), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas ketegasannya ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2023, baru-baru ini.

Tambah Muhamad Akmal, walaupun beliau menerima pandangan dan tunjuk ajar pemimpin yang lebih senior, ia tidak bermaksud dirinya mengikut telunjuk sesiapa.

Menurutnya, ada sesetengah pihak mula melabelkannya sebagai budak suruhan pihak tertentu.

“Nasihat dan tunjuk ajar saya akan ambil dan hadamkan untuk kita buat panduan, tetapi tidak semestinya ada orang kata saya jadi budak KJ. KJ hanya mesej biasa sahaja dan saya tidak pernah berhubung secara berdepan dengan beliau.

“Pemuda UMNO bukan pak turut kerana sudah tentu kita mempunyai identiti yang mana memberi kebaikan untuk parti, maka yang itu kita akan pertahankan,” tegasnya. Utusan

Dakwaan sebagai budak KJ, ini kata Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker