Pelakon Daiyan Trisha Positif COVID-19, “Saya Minta Maaf” Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

Pelakon Daiyan Trisha Positif COVID-19, “Saya Minta Maaf” Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Daiyan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.



“Salam semua, berat hati untuk saya beritahu yang saya telah disahkan positif COVID-19.

“Saya pada awalnya menjadi kontak rapat dengan seseorang daripada pihak produksi yang disahkan positif pada Khamis.

“Bila saya dapat tahu, saya ketika itu masih negatif, tapi Daiyan tak sedap badan dan kebetulan saya ada satu majlis semalam.

“Jadi saya terus buat test pagi semalam dan keputusannya positif,” katanya.



Jelas Daiyan, sejak itu dia terus mengamalkan kuarantin kendiri di rumah.

“Simptom saya tidak terlalu serius, cuma mengalami pening kepala, sakit tekak tetapi ia tidak teruk atau apa-apa lagi dan saya masih dalam keadaan baik, Alhamdulillah

“Saya mohon maaf kepada mereka yang menjadi kontak rapat, silalah buat ujian swab segera. Minta maaf sekiranya menyusahkan semua.

“Doakan Daiyan cepat pulih. Daiyan bersyukur atas ujian ini dan Daiyan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” katanya-Gempak



Pelakon Daiyan Trisha Positif COVID-19, “Saya Minta Maaf” Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker