PrnSarawak: BN hadir beri sokongan kepada GPS

PrnSarawak: BN hadir beri sokongan kepada GPS

Beberapa pemimpin UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam catatannya di Twitter berkata, kunjungan itu sebagai menyatakan sokongan BN secara rasmi terhadap GPS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut beliau, BN berharap GPS akan menang besar dalam pilihan raya yang dijadual diadakan 18 Disember ini.

Turut hadir dalam kunjungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

GPS dianggotai Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

BN tidak akan menurunkan sebarang calon dalam PRN Sarawak dan menyatakan tidak akan ‘mengkhianati’ rakan (GPS).

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan setelah mencapai tempoh matang lima tahun pada 7 Jun lalu namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang sudah dibatal dan diungkaikan oleh kerajaan.

Pada 31 Julai lalu, Sarawak diisytiharkan darurat selama enam bulan sehingga 2 Februari 2022 selaras di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Sarawak 2021 diterbitkan dalam Warta Persekutuan, pada 30 Julai lalu dan berkuat kuasa mulai 2 Ogos lalu. Utusan

PrnSarawak: BN hadir beri sokongan kepada GPS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker