Tetak 4 sekeluarga minta hutang, dua beranak diburu

Tetak 4 sekeluarga minta hutang, dua beranak diburu

Gara-gara meminta hutang, empat sekeluarga dipercayai ditetak dua beranak dalam kejadian di sebuah ladang, di Kampung Cahaya Baru, di Beluran.

Ketua Polis Daerah Beluran Kasim Muda, berkata kedua-dua suspek berkenaan yang juga anak dan bapa, masing-masing berusia 23 dan 51 tahun, kini diburu bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, empat mangsa berusia antara 18 hingga 47 tahun parah selepas ditetak dalam satu pergaduhan di ladang terbabit.

“Sebelum kejadian berkenaan, isteri mangsa menegur kakak perempuan suspek untuk menuntut bayaran hutang lalu berlaku pertengkaran. Suspek lelaki berusia 23 tahun marah lalu bertindak menyerang isteri mangsa dengan sebilah parang.

“Mangsa cuba menghalang suspek, namun ditetak di bahagian tangan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kasim berkata, pergaduhan kemudiannya dileraikan penyelia ladang, yang kemudian membawa mangsa ke pejabat untuk mengelakkan keadaan tidak terkawal.

Katanya, suspek pada mulanya pulang ke rumahnya, tetapi kembali bersama bapanya lalu bertindak menetak tiga lagi ahli keluarga mangsa sehingga parah.

“Sejurus kejadian, kedua-dua suspek melarikan diri dan usaha mengesan kedua-duanya sedang giat dijalankan.

“Empat orang mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Kassim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. FMT

Tetak 4 sekeluarga minta hutang, dua beranak diburu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker