Tular anak kucing buat senaman ‘sit up’

Tular anak kucing buat senaman ‘sit up’

Gelagat seekor anak kucing melakukan senaman ‘sit up’ dalam usahanya mengekalkan bentuk badan ideal di sebuah gimnasium di China mencuit hati pengguna media sosial negara itu.

Mail Online melaporkan, aksi anak kucing itu membuat senaman pada bahagian abdomennya berhampiran kelengkapan gimnasium dirakam pemiliknya di bandar Jining.

Video itu kemudiannya dimutnaik dalam rangkaian media sosial Douyin dengan kapsyen: ‘Ke mana perginya kad kecergasan saya?’

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama anak kucing itu bersenam di gimnasium berkenaan kerana terdapat dua lagi klip dimuatnaik pemiliknya.

Pemiliknya merakam kucingnya melakukan 11 sit up sebelum berguling di atas tikar dan memulakan set kedua dengan lapan sit-up sebelum video tamat.

Dalam video ketiga, anak kucing itu dirakam bersenam di bahagian lain gimnasium, dengan melakukan lebih banyak sit up.

Pengguna Douyin menonton video itu secara meluas dan segera bertanyakan jika gimnasium ada menawarkan kelas senaman kucing persendirian.

Namun pemilik kucing itu difahamkan belum memberikan sebarang reaksi terhadap tawaran itu. Utv

Tular anak kucing buat senaman ‘sit up’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker