Kerajaan disyor wujudkan kedai konsep KR1M

Kerajaan disyor wujudkan kedai konsep KR1M

Kerajaan dicadang memperkenalkan semula konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang keperluan ketika ini.

Ahli Parlimen Belia Malaysia, Muhammad Afiqq Noh, berkata KR1M yang pernah dilaksanakan dulu mempunyai konsep membantu rakyat membeli barang keperluan pada harga berpatutan.



“Saya mencadangkan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertimbangkan semula wujudkan kedai konsep KR1M.

“Cadangan saya ini bukan untuk memberi publisiti politik kepada mana-mana parti atau pemimpin, tetapi saya melihat konsep kebajikan untuk membantu rakyat melalui pengenalan KR1M berjaya dan mendapat sambutan semua ketika itu.

“Apa yang baik itu perlulah diteruskan dan pengenalan semula konsep KR1M memberi impak positif kepada rakyat yang mahu membeli barang pada harga rendah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, walaupun KR1M ditutup pada 2017 selepas kerajaan menamatkan kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran, namun kerajaan perlu memikirkan penyelesaian untuk membolehkan konsep ini diperkenalkan semula.



“Seperti yang kita tahu konsep KR1M berjaya membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di bandar dan luar bandar serta meringankan beban tanggungan perbelanjaan golongan B40.

“Pengenalannya juga dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit dan membasmi isu harga barang yang sewenang-wenangnya dinaikkan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Kewujudan kedai ini juga dilihat bertepatan dengan kehendak masyarakat bagi menolong mereka yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga rendah dan berkualiti,” katanya. BH

Kerajaan disyor wujudkan kedai konsep KR1M




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker