Omicron: Rakyat Perak dinasihat supaya bertenang

IPOH – Rakyat Perak diminta tidak panik dengan laporan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron yang dikesan melibatkan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Ipoh.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pihaknya mengambil maklum tentang kes itu seperti dinyatakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataan akhbar pada Jumaat.

Menurutnya, kes menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh dan ujian sampel pertama serta kedua semua kontak rapat disahkan negatif.

“Kita harap semua rakyat di negeri ini bertenang dan tidak panik dengan kes yang dilaporkan itu. Saranan saya agar jangan abaikan dan mengambil mudah kawalan kendiri yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta pematuhan dengan penuh disiplin.



“Elakkan berada di lokasi yang sesak, sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan. Ayuh kita tingkatkan disiplin pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa berwaspada dengan penularan wabak Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Akmal sebelum itu turut membuat satu hantaran di Facebook berkenaan penemuan kes varian Omicron di Ipoh.

Pada Jumaat, Khairy Jamaluddin mengumumkan kes pertama varian Omicron yang dikesan di Malaysia pada 2 Disember melibatkan pengembara bukan warganegara dari Afrika Selatan.

Beliau berkata, individu tersebut merupakan pelajar sebuah universiti swasta di sini berusia 19 tahun. Pelajar tersebut sudah menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di pintu masuk antarabangsa (PMA).



Menurutnya, kes berkenaan sudah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) serta menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Omicron: Rakyat Perak dinasihat supaya bertenang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker