Pengadil Malaysia dipuji, penyokong Vietnam pula panas hati
Pengadil Malaysia dipuji, penyokong Vietnam pula panas hati
DOHA: Pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid membuat penampilan sulung di pentas Piala Asia 2023, malam tadi.
Tiga ‘wakil’ negara itu diberikan peranan untuk mengadili perlawanan Kumpulan D antara Iraq dan Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad.
Persembahan yang dipamerkan Nazmi dan dua penolong pengadil itu mendapat pujian daripada orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang mana kejohanan Piala Asia turut menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR).
Berdasarkan tinjauan di laman sosial Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hanya segelintir penyokong Vietnam dilihat mengecam mutu pengadilan Nazmi selepas skuad Golden Star Warriors tewas 2-3 kepada Iraq.
Ia termasuk tindakan Nazmi melayangkan kad merah kepada Khuat Van Khang selepas menerima kad kuning kedua susulan kekasaran yang dilakukan ke atas Merchas Doski pada penghujung babak pertama.
Nazmi memberikan sepakan penalti kepada Iraq pada minit ke-83 selepas meneliti VAR mengenai insiden kekasaran Bui Hoang Viet Anh terhadap Youssef Amyn, namun peluang itu gagal disempurnakan Aymen Hussein.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Nazmi sekali lagi memberikan sepakan penalti kepada Iraq dan kali ini Aymen tidak mensia-siakan peluang untuk memberikan kemenangan 3-2 kepada pasukannya.
Vietnam turut dikecewakan dengan sepakan penalti Asnawi Mangkualam pada babak pertama ketika mereka tewas 0-1 kepada Indonesia dalam aksi kedua kumpulan. BH
Pengadil Malaysia dipuji, penyokong Vietnam pula panas hati
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf