Bonnie Bunyau jadi juara dunia sekali lagi

Bonnie Bunyau jadi juara dunia sekali lagi

MEMANG luar biasa! Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mempamerkan prestasi membanggakan selepas berjaya kekal menjadi juara dunia di Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, semalam.

Bonnie Bunyau yang menggegarkan temasya Paralimpik Tokyo 2020 merangkul pingat emas menerusi angkatan 210 kilogram (kg) dalam kategori 72 kg.

Atlet berusia 22 tahun itu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Kazakhstan pada tahun 2019.

Bonnie Bunyau mengatasi pencabar terdekat dari China, Hu Peng yang meraih perak dengan angkatan 196kg manakala Shaaban Ibrahim dari Mesir memenangi gangsa dengan angkatan seberat 195kg.

Dalam temu bual video menerusi laman Twitter Persekutuan Powerlifting Paralimpik Antarabangsa, Bonnie Bunyau gembira selepas menang buat kali kedua.

“Saya sangat gembira selepas kemenangan di Tokyo (Paralimpik) dan ini adalah kemenangan kedua di Kejohanan Dunia, cuma kali ini tidak dapat pecahkan rekod,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Bonnie Bunyau hadiahkan emas pertama, cipta rekod baharu

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut berkongsi kegembiraan dan berbangga dengan kejayaan diraih Bonnie Bunyau.

“Tahniah Bonnie! Malaysia berbangga denganmu!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bonnie Bunyai meraih pingat emas di temasya Paralimpik Tokyo 2020 selepas memecahkan rekod Paralimpik dengan angkatan 228kg.

Beliau sebelum ini menampilkan aksi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Julai lalu.

Kejayaan itu memadamkan rekod dipegang atlet Iran, Roohallah Rostami yang melakukan angkatan seberat 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.

Prestasi atlet kelahiran Kuching, Sarawak yang juga pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo sememangnya membanggakan negara.

Beliau juga berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara sama sewaktu Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand, Jun lalu.

Bonnie Bunyau jadi juara dunia sekali lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker