Siang bawa mayat, malam angkut sampah
Siang bawa mayat, malam angkut sampah
Itu tindakan tidak bertanggungjawab sebuah syarikat van pengurusan mayat apabila mereka menggunakan kenderaan itu untuk melupuskan sisa pepejal terkawal (sisa bercampur) di Kepong Entrepeneurs Park (KEP), Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tindakan itu bagaimanapun berjaya dihidu sepasukan penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas intipan dan risikan selama beberapa hari.
Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Ummi Kalthum Shuib berkata, kejadian itu dikesan di lorong belakang Jalan Metro Perdana Timur 10, Kepong berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bertarikh 22 November lalu.
Beliau berkata, rakaman CCTV telah berjaya merakam pergerakan salah laku pemandu dan kelindan van mayat yang sengaja melupuskan sisa di lokasi kejadian.
“Kami berjaya mengenal pasti kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika melakukan pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi kejadian. Van mayat tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.
“Pesalah akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokan, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, jika sabit kesalahan, pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. –K Online
Siang bawa mayat, malam angkut sampah
Baca Artikel Menarik :
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah
You must be logged in to post a comment.