Isu MA63 pengaruhi sokongan pengundi muda dalam PRN Sarawak



PETALING JAYA : Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka menghangatkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekali gus boleh mempengaruhi sokongan pengundi muda terhadap calon dan parti yang bertanding dan menjadi penentu masa depan kerajaan Negeri Sarawak.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, meskipun timbul ura-ura mengatakan generasi muda tidak minat isu MA63, sebaliknya soal berkenaan dapat menarik perhatian mereka memandangkan perjanjian tersebut dapat menjamin kelangsungan masa depan masing-masing.

“Oleh itu, pengundi muda akan lebih tertarik dengan agenda yang dianggap lebih menguntungkan dari segi sosioekonomi. Jadi mereka lebih berminat terhadap isu-isu seperti peluang kerjaya, pembangunan infrastruktur dan ekonomi setempat dan kawalan harga barang pengguna yang dijamin dalam MA63.

“Perlu ditegaskan pengundi muda tetap mengambil kisah tentang perjanjian itu apabila mereka melihat hal tersebut sebagai faktor pelengkap buat masa depan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selepas PRN Melaka, perhatian kini tertumpu pula kepada PRN Sarawak yang dijadual pada 18 Disember ini manakala hari penamaan calon pada 6 Disember dan hari mengundi awal pula ditetapkan pada 14 Disember.




PRN Sarawak diadakan bagi mengisi kekosongan 82 kerusi DUN tersebut berikutan berlakunya pembubaran DUN Sarawak Ke-11 pada 3 November lalu.

Menurut Pensyarah Sejarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Bilcher Bala berkata, MA63 berkaitan hak autonomi merupakan isu utama kepada pengundi muda yang merupakan penyokong parti alternatif tempatan seperti Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PSK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Bersatu (PBDS).

Katanya, MA63 dijangka menjadi bahan kempen mereka sepanjang PRN Sarawak dan boleh menarik perhatian pengundi mengenai janji-janji manifesto dibuat kelak.

“Namun tuntutan PSB adalah sederhana tidak melibatkan isu kemerdekaan untuk Sarawak. sedangkan parti PBK, Aspirasi dan PBDS memperjuangkan kemerdekaan untuk Sarawak manakala komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sederhana dalam isu MA63 untuk meminda istilah Malaya kepada Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebaliknya bagi komponen Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pula, mereka tiada isu MA63 kerana lebih berakar dari Semenanjung Malaysia,” katanya.




Bilcher menambah, isu tanah adat (NCR) dijangka menjadi bahan kempen dalam kalangan parti tempatan di Sarawak khususnya PSB, PBK, Aspirasi dan PBDS. – UTUSAN ONLINE

Isu MA63 pengaruhi sokongan pengundi muda dalam PRN Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mental jangan koyak – TMJ (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.