Raya 2 minggu lagi, tiket sudah habis

Raya 2 minggu lagi, tiket sudah habis

Biarpun hari raya Aidilfitri berbaki dua minggu lagi, jualan tiket bas pulang raya habis dijual dengan orang ramai membuat persiapan awal untuk perayaan kali ini.

Tinjauan Harian Metro di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati, tiada lagi tiket bas pada tarikh berkenaan dan ia hanya boleh didapati seminggu selepas itu.



Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkata, orang ramai mula membeli tiket raya seawal Ramadan.

“Tahun ini dijangka 30 syarikat bas membuat penambahan tiket bas dengan purata bas tambahan yang akan disediakan waktu puncak sebanyak 50 hingga 60 perjalanan sehari,

“Harga tambang untuk bas tambahan ini akan naik sebanyak 10 peratus,” katanya.

Kata Faizal, TBS sentiasa bekerjasama dengan syarikat tiket bas dengan memaklumkan mereka untuk menambahkan perkhidmatan bas.



Penuntut universiti awam, Nur Adriana Azmi, 19, berkata, raya tahun ini dia meminta keluarganya untuk ambil sendiri di kolej.

“Saya tak beli tiket bas sebab harga dia lebih tinggi berbanding hari biasa.

“Bisanya tiket bas dari melaka ke TBS hanya RM11 tapi baru-baru ini saya tengok dah sampai RM29,” katanya.

Turut bersetuju pelajar, Syaszatul Nadia Mohamad Nuri, 21, berkata, dia sempat membeli tiket bas pulang ke rumah dua minggu awal.



“Saya beli awal sebab kalau beli lambat memang tiket akan habis,

“Kawan saya ada yang tidak sempat beli tiket bas untuk bas tambahan pun tidak sempat dibeli, ” katanya.

Katanya, mereka akan mengikuti rakannya pulang ke kampung untuk beraya bersama. HM

Raya 2 minggu lagi, tiket sudah habis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker