Jangan makan petai kalau dah nak bersalin

Jangan makan petai kalau dah nak bersalin

Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang ‘hantu petai’, lagi-lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam.

Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang sedang hamil, mereka disarankan untuk mengawal pengambilan buah petai, tidak kiralah sama ada di usia kandungan masih awal ataupun sudah nak dekat dengan tarikh bersalin.

Ini kerana, seorang jururawat ada memuat naik satu video di TikTok memberi peringatan kepada ibu hamil untuk elakkan diri dari memakan buah petai, lagi-lagi yang sedang menunggu masa saja untuk bersalin.

Menurut misi itu, bukan sahaja air kencing yang akan berbau, malah najis juga turut akan berbau sekali, justeru wanita tersebut menyarankan ibu mengandung minum air kelapa agar bayi yang akan dilahirkan nanti sentiasa dalam keadaan bersih.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memahami maksud sebenar yang misi itu cuba sampaikan buat orang ramai dan mereka turut berkongsikan pengalaman pernah terhidu bau yang kurang menyenangkan disekitar labour room kerana ibu tersebut memakan petai sebelum bersalin.

Jangan makan petai kalau dah nak bersalin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker