Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting
Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting

TUMPAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengenal pasti 10 lokasi panas aktiviti penyeludupan, terutama membabitkan pendatang tanpa izin dan rokok di sepanjang pesisir Pantai Geting di sini.
Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata kawasan pesisir sepanjang lima kilometer berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu menjadi tumpuan penyeludup kerana dikelilingi hutan dan semak tebal yang memudahkan mereka mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
“Kemasukan barangan seludup dan pendatang biasanya dilakukan pada waktu malam.
“Namun, banyak cubaan berjaya digagalkan hasil rondaan berterusan sejak tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Pemantauan Sempadan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Pengkalan Kubor, hari ini.
Operasi selama tiga jam itu disertai 27 pegawai dan anggota Maritim Malaysia serta MKN, meliputi kawasan Laut China Selatan, Sungai Golok dan Sungai Geting.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Hadir sama, Pengarah MKN Kelantan Datuk Mohd A Aruwan Abd Aziz.
Erwan Shah berkata penyeludup turut memasang tonto di kawasan pendaratan sekitar Pulau Tengkorak berhampiran Pantai Geting bagi memantau pergerakan pihak berkuasa.
Beliau berkata Maritim Kelantan juga mencadangkan pemasangan sistem radar Remote Sensored Site (RSS) SWASLA di kawasan Pantai Timur bagi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan.
“Dengan sistem radar ini, lebih mudah mengesan kegiatan jenayah rentas sempadan. Kawasan seluas empat hektar di Pulau Tengkorak turut dikenal pasti sebagai lokasi strategik pembinaan Pos Maritim Pengkalan Kubor,” katanya.
Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.