RM20 sekali masuk, netizen kata harga seperti ‘pergi haji balik hari’

PETALING JAYA: Biarpun sudah beberapa jam berlalu selepas perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyaksikan JDT tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City), tular di laman Twitter, beberapa netizen menyiarkan gambar tiket letak kenderaan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang agak mahal dan tidak berpatutan.

Seorang pengguna Twitter mempersoalkan kewajaran harga tiket dengan RM20 sekali masuk.

Pengguna Twitter berkenaan pada mulanya meminta mana-mana pihak mengesahkan mengenai apa yang ditemukannya itu.

Beberapa pengguna lain mengesahkan perkara itu yang disifatkan bukan mitos.

“Pergi haji balik hari”. Demikian komen seorang netizen mengenai harga yang melampau itu.

Perkara itu turut mendapat reaksi pemain hoki legenda tanah air, Datuk Mirnawan Nawawi yang menulis: “Selalu RM2, malam ini dia tambah 0 jer”.

Seorang lagi netizen menulis: “Zaman 2019 Kedah lawan JDT, parking RM10, zaman 2021 terus auto RM20”.

Bagaimanapun seorang lagi netizen mencerahkan keadaan mengatakan tiket letak kenderaan untuk perlawanan akhir sememangnya RM20.

RM20 sekali masuk, netizen kata harga seperti ‘pergi haji balik hari’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.net


Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker