Kit ujian kendiri Covid-19 kini diwartakan barang kawalan

PUTRAJAYA: Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Sendiri) kini diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, penguatkuasaan itu dibuat selepas ia diwartakan pada 24 November lalu bagi menjamin keberadaan dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran.

Katanya, pihaknya mengambil maklum akan keperluan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 sebagai salah satu langkah awal pencegahan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.



“Buat masa ini, bekalannya didapati mencukupi di pasaran dan sehingga kini tiada aduan berkenaan kekurangan bekalan diterima pihak KPDNHEP, malah ia bukan sahaja boleh diperoleh di farmasi dan fasiliti kesihatan, tetapi boleh dibeli di premis lain yang berdaftar seperti di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak.

“Semua peniaga wajib mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan Kit Ujian Sendiri ini bagi mengelakkan tindakan tegas diambil pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, peniaga yang melakukan kesalahan berhubung perkara ini boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Seksyen 22(1), Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan boleh dikenakan penalti yang berat.

“Bagi individu, boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta.



“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga yang berkaitan, boleh melaporkan kepada KPDNHEP melalui saluran Whatsapp 019-279 4317; Portal e-aduan.kpdnhep; pusat aduan, 1-800-886-800 atau e-mel kepada [email protected] serta Ez ADU KPDNHEP dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245,” katanya.

Kit ujian kendiri Covid-19 kini diwartakan barang kawalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.net




Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker