Jaclyn Victor dijanjikan trofi juara GV9?

Jaclyn Victor dijanjikan trofi juara GV9?

Dijanjikan trofi juara Penyanyi hebat Jaclyn Victor mengakui, sememangnya beberapa kali dipujuk pihak Astro agar bersetuju menyertai program pertandingaan nyanyian sensasi Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Pemenang 10 trofi Anugerah Industri Muzik itu bagaimanapun menolak sekeras-kerasnya dakwaan tidak masuk akal mengatakan dia menerima tawaran tersebut dengan syarat dijanjikan trofi juara oleh pihak produski.



Jaclyn yang juga juara Malaysian Idol musim pertama itu sebaliknya dengan rela hati menerima tawaran saat akhir kerana mahu terus berkarya lebih-lebih lagi selepas diberikan kebebasan pihak produksi untuk mempamerkan bakatnya sebagai seorang penyanyi.

“Bila dengar penjelasan terperinci mengenai GV9 ini, saya tanpa fikir panjang terus setuju untuk turut serta sebagai peserta.

“Mereka kata GV9 pentas bebas untuk saya lakukan apa saja, nak serlahkan kreativiti dan kebolehan semuanya boleh dan tidak terikat.

“Jadi bila dah dijanjikan sebegitu, saya pun okey dan terima pelawaan mereka itu. Mungkin GV9 ini jadi pentas untuk saya kembali aktif berkarya,” katanya.



Ditanya mengenai pertemuan dengan ‘musuh’ tradisinya iaitu Dina Nadzir iaitu naib juara Malaysian Idol 1 yang turut menyahut cabaran GV9, Jaclyn mengakui tidak pernah menyimpan sebarang perasaan negatif apatah hasad dengki terhadap sahabat seperjuangannya itu.

“Jujur kami tak pernah bermusuhan. Dina dan saya tidak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik satu sama lain. Kami bertanding secara sihat.

“Bagi saya, setiap orang punyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kita hanya boleh lakukan mana yang termampu, selebihnya kita serahkan kepada juri untuk adili,” jelas Jaclyn.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang itu ditemui selepas sidang akhbar pengumuman 16 peserta GV9, semalam. Program berkenaan bakal memulakan saingan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor bermula 18 September ini.



Selain Jaclyn dan Dina, peserta handal lain yang turut bakal berentap merebut gelaran juara ialah Shila Amzah, Haida, Pat Candy, Tom Fara, Tomok, Bob Yusof, Asheed Def Gab C, Roy Kapilla, Hazrul Nizam, Fuad Rahman dan VE yang dianggotai empat ahli.

Juara GV9 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. K Online

Jaclyn Victor dijanjikan trofi juara GV9?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis



Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker