Pakcik dan makcik ditahan, karaoke tengah malam

Pakcik dan makcik ditahan, karaoke tengah malam

Pasir Mas: Sepuluh individu termasuk warga emas yang berkaraoke di sebuah bangsal ditahan polis di Kampung Pasir Parit, Tok Uban, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, tangkapan membabitkan lima wanita dan lima lelaki berusia antara 31 sehingga 66 tahun selain seorang lelaki berusia 63 tahun yang mengaku sebagai penganjur aktiviti berkenaan.



Katanya, tiga daripada suspek wanita masing-masing berusia 39 hingga 46 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine melalui ujian saringan air kencing selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Hasil soal siasat terhadap penganjur mendapati aktiviti hiburan itu dijalankan sejak lebih setahun lalu sebanyak tiga kali seminggu bermula jam 9 malam sehingga 2 pagi tanpa permit atau lesen sah.

“Penganjur juga mengakui tidak mengambil sebarang bayaran untuk aktiviti berkaraoke kecuali untuk penyediaan makanan dan minuman selain membukanya untuk kenalan saja.

“Kesemua 10 suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nasaruddin berkata, seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan bersama heroin dan pil kuda bernilai RM2,720 di Kampung Buluh Melintang, Kangkong, di sini, semalam.

“Suspek mengaku semua dadah berkenaan adalah miliknya yang mana bekalan diperoleh daripada seorang individu digelar ‘Apek’ berasal daripada daerah sama.

“Anggota menahan lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), 39A (2) serta 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. HM



Pakcik dan makcik ditahan, karaoke tengah malam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker