Roy cedera selepas terjatuh ketika ambil wuduk

Roy cedera selepas terjatuh ketika ambil wuduk

Penyanyi Roy, 57, kini terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.

Roy, 57, atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi mengesahkan perkara ini kepada wartawan Garasi TV, Syahril Kadir.



Menurut Syahril, penyanyi lagu Ratnaku itu sudah hampir tiga minggu berada di wad kerana mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul. Sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.

“Berkemungkinan besar Roy tidak mampu lagi mencari rezeki melalui ‘busking’ untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya.

Januari lalu, Roy pernah dijangkiti Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan kemudian meneruskan kerjaya rutinnya sebagai ‘buskers’ di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa, di sini. HM

Roy cedera selepas terjatuh ketika ambil wuduk




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah



Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker