Bungkus di PRN Melaka, DAP mahu guna lambang sendiri di PRN Sarawak

SEREMBAN – Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiada kaitan dengan kekalahan di PRN Melaka baru-baru ini, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh kepimpinan negeri itu dalam menentukan penggunaan logo berkenaan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti.

“Kami berikan kuasa autonomi kepada kepemimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.

“Kalau lihat sejarah, dalam pilihan raya yang lalu juga mereka gunakan logo masing-masing walaupun di Semenanjung kita buat logo bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Sungai Jai, di sini pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan setiap parti komponen PH Sarawak akan menggunakan logo masing-masing di setiap DUN yang ditandingi pada PRN Sarawak kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Sementara itu, mengenai peruntukan sama rata oleh kerajaan kepada semua ahli Parlimen, Anthony berkata, ia merupakan satu usaha yang sangat baik dilakukan oleh kerajaan ketika ini bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, usaha dilakukan kerajaan ketika ini dilihat mampu memberi impak positif supaya semua wakil rakyat dapat memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh rakyat selain mampu menstabilkan politik di negara ini.

“Saya juga bercadang membangkitkan isu ini dalam perbahasan pada Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan minggu depan bahawa saya menyokong usaha membawa perubahan dan juga reformasi dalam cara kita berpolitik,” katanya. – Bernama

Bungkus di PRN Melaka, DAP mahu guna lambang sendiri di PRN Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker