Belanjawan 2022, Selangor belanja defisit lagi

Sebaran :

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.34 bilion menerusi Belanjawan Selangor 2022 yang bakal diumumkan pada petang Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.22 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.12 bilion pula bagi perbelanjaan pembangunan.

Menurut Amirudin, untuk tahun hadapan, kerajaan negeri turut menganggarkan kutipan hasil berjumlah RM2.05 juta.

“Antara penyumbang terbesar adalah premium tanah iaitu sebanyak RM906.33 juta bersamaan 44.21 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan,” katanya.



Amirudin berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan Selangor 2022 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Belanjawan Selangor 2022 turut menggariskan lima teras utama dalam mendepani cabaran ekonomi semasa ketika ini.

“Kerajaan Selangor masih mengekalkan momentum kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan terus berdaya tahan dilengkapi oleh analisis-analisis serta perkiraan menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kutipan hasil negeri pada tahun 2020 juga adalah sebanyak RM2.256 bilion dan jumlah itu melebihi 2.57 peratus anggaran ditetapkan.



Tambah beliau, bagi tahun ini pula, kutipan hasil merekodkan jumlah 2.1 bilion bagi tempoh sehingga 26 November (Jumaat).

“Ini pencapaian yang memberangsangkan kerana kita dapat mencapai sasaran ditetapkan walaupun dalam tempoh pandemik ini,” katanya.

Belanjawan 2022, Selangor belanja defisit lagi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa


Sebaran :

Leave a Reply